google.com, pub-8423681730090065, DIRECT, f08c47fec0942fa0

History of the Rangers: 5/6/07 - 5/13/07

 
The Courageous
Who Have Looked At
Death In The Eye
Photobucket
Military
History
Google Ads
Miscellaneous
No Atheists
In A Foxhole
“When you're left wounded on

Afganistan's plains and

the women come out to cut up what remains,

Just roll to your rifle

and blow out your brains,

And go to your God like a soldier”

“We are not retreating. We are advancing in another direction.”

“It is fatal to enter any war without the will to win it.”

“Old soldiers never die; they just fade away.

“The soldier, above all other people, prays for peace,

for he must suffer and be the deepest wounds and scars of war.”

“May God have mercy upon my enemies, because I won't .”
“The object of war is not to die for your country but to make the other bastard die for his.

“Nobody ever defended anything successfully, there is only attack and attack and attack some more.

“Fixed fortifications are a monument to the stupidity of man."
“It is foolish and wrong to mourn the men who died.
Rather we should thank God that such men lived.

The Soldier stood and faced God


Which must always come to pass

Photobucket
He hoped his shoes were shining

Just as bright as his brass

"Step forward you Soldier,

How shall I deal with you?


Have you always turned the other cheek?


To My Church have you been true?"


"No, Lord, I guess I ain't


Because those of us who carry guns


Can't always be a saint."

I've had to work on Sundays

And at times my talk was tough,

And sometimes I've been violent,

Because the world is awfully rough.

But, I never took a penny

That wasn't mine to keep.

Though I worked a lot of overtime

When the bills got just too steep,

The Soldier squared his shoulders and said

And I never passed a cry for help

Though at times I shook with fear,

And sometimes, God forgive me,

I've wept unmanly tears.

I know I don't deserve a place

Among the people here.

They never wanted me around


Except to calm their fears.


If you've a place for me here,


Lord, It needn't be so grand,


I never expected or had too much,


But if you don't, I'll understand."

There was silence all around the throne

Where the saints had often trod

As the Soldier waited quietly,

For the judgment of his God.

"Step forward now, you Soldier,

You've borne your burden well.

Walk peacefully on Heaven's streets,

You've done your time in Hell."

Links
& Infor
xxxx
Glorious
Malaysian Food
xxx
&
Other Stuff
xxx

xxx

xxx

XXXX

xxxx
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
Brief History of 7th Battalion Royal Rangers (Mech)
Sunday, May 06, 2007
This is a Bahasa Malaysia Version. I will get a more detailed version via my contacts.

BATALION KETUJUH REJIMEN RENJER DIRAJA
PENUBUHAN

Batalion ketujuh Rejimen Renjer Diraja ditubuhkan pada 10 Mei 1970 Kem Quetta II Kluang, Johor dengan peruntukan seramai 202 rekrut baru khas untuk menubuhkan 2 kompeni.
Disamping itu satu Kompeni dari tiap-tiap Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja, Batalion-batalion Kedua, Ketiga dan Keempat Rejimen Renjer Diraja telah digabungkan untuk membentuk sebuah batalion yang mampu untuk berfungsi. Bagaimanapun anggota dari Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja telah diberi pilihan ke Kor asal. Sebilangan besarnya bersedia untuk dikekalkan. Pegawai yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan batalion ini ialah Pegawai Memerintahnya yang pertama iaitu Leftenan Kolonel Osman bin Mohd Zain.


PENGENALAN LAMBANG PASUKAN
 
Pasukan ini menggunakan warna hitam merah sebagai warna batalion dan cogankatanya ialah ’AGI IDUP AGI NGELABAN’.

 
KEJAYAAN PASUKAN
Pada keseluruhannya, kejayaan yang telah dicapai oleh batalion ini amat membanggakan. Batalion ini telah berjaya membunuh 14 pengganas di Semenanjung, dan 7 di Sarawak, satu ditawan dan 5 menyerah diri. Kejayaan pasukanini dicapai di dalam operasi berikut:

* 9 April 1972. Gerakan khas di Kg Kerian, Lundu, Sarawak. 3 Pengganas di bunuh.

* 14 Julai 1972. Gerakan di kawasan Opah, Lundu Sarawak. 2 Pengganas di bunuh.

* 24 Julai 1972. Gerakan di kawasan Kg Kubang, Lundu, Sarawak. 2 Pengganas di bunuh dan 1 cedera.

* 1 Ogos 1972. Gerakan di kawasan Lundu, Sarawak. 1 pengganas di bunuh.

* 16 Oktober 1973. Operasi Setia IV di Sg Siput Perak. 1 pengganas di bunuh.

* 22 April 1974. Operasi Gonzales di Jalung, Perak. 5 Pengganas di bunuh.

* 25 Mei 1974. Operasi di Kulim, Kedah. 2 Pengganas di bunuh.

* 29 Jun 1978. Operasi Selamat Sawadee di Selatan Thailand. 3 Pengganas di bunuh.

* 17 September 1980. Operasi Hentam Galas di Gua Musang, Kelantan. 1 Pengganas di bunuh.
LATIHAN BERSAMA

Pasukan ini pernah terlibat di dalam beberapa latihan bersama tentera luar negeri yang dijalankan:

· Latihan Khas Haringaroo bersama tentera Australia dari 23 Mac 1988 hingga 8 April 1988 di Kota Belud, Sabah.

· Latihan Taiha Tombak 12/90 bersama tentera New Zealand dari 7 Jun 1990 hingga 20 Jun 1990.

Pegawai-Pegawai Memerintah

1. Lt Kol Osman bin Mohd Zain 10 Mei 70 – 26 Mac 71

2. Lt Kol Hussein bin Mohamad Ali Piah 27 Mac 71 – 17 Jan 73

3. Lt Kol Mokhtar bin Ismail 9 Mei 73 – 3 Sep 73

4. Lt Kol Low Lye Fook 4 Sep 73 – 16 Apr 75

5. Lt Kol C.A. Loone 17 Apr 75 – 18 Mei 77

6. Lt Kol Maurice Lam Shye Choon PGB 19 mei 77 – 15 Sep 79

7. Lt Kol Lokman Hashim @ Lugman Hashim 16 Sep 79 – 24 Dis 80

8. Lt Kol Mohd Amin bin Mohd Salleh 25 Dis 80 – 31 Dis 81

9. Lt Kol G.E @ Syamsul Johar bin Abdullah 1 Jan 82 – 18 Aug 84

10. Lt Kol Syed Mohamad bin Syed Alwi Shahab 19 Aug 84 – 30 Apr 87

11. Lt Kol Harbhajan singh al Jagat Singh 1 Mei 87 – 31 Dis 90

12. Lt Kol Zulkapli bin Abd Rahman 1 Jan 91 - 1993

13. Lt Kol Mukhtar bin Ibrahim 1st Apr 1993 - 31 Jan 1995

14. Lt Kol Abang Hamdan bin Abang Hadari

15. Lt Kol Khairul Baharin bin Jamaluddin

16. Lt Kol Mahyuddin

17. Lt Kol Ezam bin Wan Chik
18.

RINGKASAN KEJAYAAN OPERASI

 
15. Demi untuk mempertahankan dan menjaga keamanan dan keselamatan negara ini, pasukan ini mempuyai banyak detik-detik pertempuran dan kejadian semasa menjalankan tugasnya dalam operasi. Berikut adalah butir-butir gambaran berkenaan detik-detik yang dialami:

a. Pada 9hb April 1972, satu gerakan pemburuan yang dilakukan oleh kompeni a berhampiran Kg Perian, Lundu,Sarawak telah berjaya membunuh tiga PGK, merampas tiga laras senjata SLR dan satu radio set jenis 906.

b. Pada 14 hb Julai 1972, Kompeni C yang diketuai oleh Kapt Ropee telah berjaya membunuh dua orang PGK di Kg Opah, Lundu, Sarawak buatan Russia.

c. Pada 24hb Julai 1972 berhampiran kawasan Kg Kubung, Lundu, Sarawak, Kompeni A telah berjaya membunuh dua orang PGK dan mencederakan seorang lagi PGK.

d. Pada 1hb Ogos 1972,Kompeni C yang diketuai oleh Kapt Sabdin Ghani telah membunuh seorang PGK semasa operasi di kawasan Lundu, Sarawak.

e. Pada 8hb September 1972, satu kumpulan ronda dari Kompeni B dibawah LtM Rosli telah berjaya membunuh seorang PGK.

f. Pada 16hb Oktober 1973, no.10 platun yang diketuai oleh Sjn Adap Moet semasa membuat gerakandi kawasan Sg. Siput, Perak telah berjaya membunuh seorang PGK serta merampas sepucuk senjata Carbine.

g. Pada 22hb april 1974, No 7 platun yang diketuai oleh Sjn Harris Taha semasa operasi di Perak telah berjaya membunuh lima orang PGK.

h. Pada 26hb 1974, satu seksyen dari Kompeni D yang diketuai oleh Kapt SallehAwang telah membunuh dua orang PGK, dan merampas beberapa jenis senjata semasa operasi dikawasan Kulim,Kedah.

i. Pada 29hb Januari 1978, No. 4 platun yang diketuai oleh Sjn Shaari dari Kompeni C telah menembak mati 3 PGK, merampas tiga pucuk carbine,satu M79 dan sepucuk senjata Thomson dikawasan Utara Betong,Thailand.

j. Pada 17hb September 1980, sekumpulan anggota yang diketuai oleh Sjn Hassan dari Kompeni C semasa dalam gerakan HENTAM GALAS telah berjaya membunuh sorang PGK dikawasan Gua Musang,Kelantan.

PERISTIWA-PERISTIWA OPERASI CEMERLANG
Pertempuran DiHutan Simpan Korbu Perak
16. Pasukan Batalion Ke 7 Rejimen Renjer telah menjalani Op GONZALES disekitar kawasan Jalong pada 8hb April 1974 sehingga 1hb Mei 1974 untuk mencari dan memusnahkan musuh. Pada 21hb April 1974 jam 1115, dua orang anggota dari Kompeni A telah ditembak oleh sekumpulan tiga atau empat PGK.

17. Kompeni C telah dikejar ke kawasan tersebut untuk membuat penyekatan. Pada hari yang sama jam lebih kurang 1700, No7 platun semasa membuat ronda tempur telah menjumpai tanda anak panah yang dibuat daripada buluh yang mana dipacakan diatas tanah. Hasil dari perjumpaan ini, No 7 platun telah membuat serang hendap dengan memasang empat Claymoremine dan dua pucuk senjata bantuan LMG.

18. Pada 22hb April 1974 jam lebih kurang 1150, anggota serang hendap telah melihat lima orang PGK berjalan memasuki kawasan membunuh. Setelah dua orang PGK dihadapan memasuki kawasan membunuh,930376 Rjr Shaifudin telah meletupkan claymore mine dan berjaya membunuh kedua-dua orang PGK ini dengan serta merta. Pada masa yang sama juga claymore mine yang kedua telah diletupkan oleh LKpl Gaison dan mencederakan lain-lain PGK dibelakang.

19. Tanpa membuang masa, 928104 Sjn Harris berlari ketempat serang hendap bersama satu seksyen dengan tujuan membuat sekatan.Beliau telah menyerang lain-lain PGK yang cedera dan hasil dari serang hendap ini lima PGK telah dibunuh.

Pertempuran Dalam Operaso SELAMAT SAWADEE 1 Di GR 303817

20. Pada 29hb Jun 1978,jam 0300 sekumpulan ,kumpulan ronda terdiri daripada satu platun Thai bpp, dua orang PKPT dan satu seksyen dari No.4 platun Kompeni B telah keluar meronda jauh dengan membawa empat hari catuan.

21. Pada jam 1515, peninjau pertama telah melihat sekumpulan 7 atau 8 orang PGK yang berkeliaran 300 ela dihadapan. Sjn Shaari pada masa yang sama telah mara kehadapan dan memanggil ketua kumpulan Thai BPP untuk mempastikan bahawa kumpulan 7 atau 8 ini betul-betul PGK.

22. Setelah ,e,pastikan kumpulan ini adalah PGK, Sjn Shaari membuat kumpulan untuk menyerang dengan membahagikan anggota-anggota kepada empat kumpulan. Kumpulan pertama dan kedua sebagai penyerang, kumpulan keempat penyekat.

23. Tepat jam 1630 tembakan telah dimulakan oleh Sjn Shaari diikuti oleh kumpulan-kumpulan kedua dan keempat. Tembakan berlaku selama 15-20 minit. Pada masa Pasukan Keselamatan (PK) menembak kedudukan PGK,Pengawal PGK dari atas bukit telah menembak balas ke arah PK. Kumpulan ketiga telah menembak balas ke arah pengawal PGK ini yang mana telah terpaksa berundur dari atas bukit. Selepas penyerbuan dan membuat pertahanan keliling,didapati tiga orang PGK (termasuk seorang wanita) telah terbunuh dan hasil dari ini enam pucuk senjata juga telah dirampas.

Pertempuran Pada 17hb September 1980 Dalam Operasi HENTAM GALAS

24. Pada 2hb September 1980 pasukan Batalion ke 7 Rejimen Renjer telah mengambil alih kawasan gerakan HENTAM GALAS selama dua bulan daripada 5 Askar Melayu DiRaja.

25. Selepas dua belas hari beroperasi, pertempuran pertama telah terjadi pada 14hb September 1980 jam 2340. Anggota pengawal Kompeni A telah melihat pancaran lampu dalam jarak 50 ela musuh mula berundur balik ( di tafsirkan peninjau mereka telah melihat kesan PK ). Dalam masa ini tembakan semburan telah diarahkan kepada pihak musuh yang membalas dengan tembakan semburan diikuti oleh tembakan verylight merah. Musuh pada masa itu dianggarkan antara 10 hingga 12 orang. Semasa jejakan dibuat pada keesokkan harinya telah di jumpai titisan darah dikawasan tersebut.

26. Pada 15hb September 1980 jam 0900, semasa dalam penjejakan, Platun UCIS telah menjumpai sisa-sisa makanan. Semasa meneruskan penjejakan, pertempuran telah terjadi selama 5 hingga 8 minit tanpa sebarang kecederaan kepada kedua-dua belah pihak. Pada hari yang sama jam 1055 Platun UCIS sekali lagi terlibat dalam pertempuran dengan pihak musuh selama 8 minit.

27. Pada 17hb September 1980 jam 0800, ekoran dari kesan tapak musuh yang didapati ,Sjn Abu Hassan telah diarahkan untuk membawa satu seksyen untuk membuat rondaan. Jam 0900 kumpulan ini telah menjumpai kesan tapak kaki musuh yang dianggarkan dua orang. Bergerak sejauh 70 meter lagi kumpulan ini mendapati sebatang buluh yang resungnya baru dipotong. Semasa membuat tinjauan keatas ”water Point” didapati bahawa ia telah pun digunakan sejam yang lepas.

28. Sjn Abu Hassan telah memecahkan kumpulannya kepada dua kumpulan dan terus bergerak dengan lutut. Jam 1045, Sjn Abu Hassan bersama Rjr Rahim dan Lkpl Zaharin ternampak dua orang PGK sedang mengisi barang-barang kedalam beg galas. Tetapi seorang PGK yang sedang berehat telah ternampak SjnAbu Hassan terus membuat serbuan dan menembak semburan serta mengarahkan anggotanya bergerak pantas dari permatang itu.

29. Musuh disaat serbuan Sjn Abu Hasan telah membalas tembakan. Oleh kerana tiada perlindungan, Sjn Abu Hassan telah mengambil perlindungan dibelakang pokok kayu. Telah melihat musuh yang kena tembakan diheret oleh kawannya sementara yang satu lagi telah berlindung dibelakang pokok besar sambil menembak PK yang sedang memanjat bukit.Pertempuran ini terjadi selama 10 minit.

30. Jam 1120, kumpulan bantuan bawah Kapt Osman telah tiba. Dalam jejakan sejauh 60 meter terdapat seorang mayat PGK dengan sebuah jerangkap samar kira-kira 30 meter dari mayat tersebut.


RINGKASAN PERISTIWA-PERISTIWA SEDIH
31. Walaupun berjaya membunuh beberapa PGK, namun ianya dilakukan dengan pengorbanan beberapa orang anggota. Bersampingan dengan sejarah yang harum, pasukan ini juga kehilangan beberapa perwira-perwira yang gugur di medan peperangan, tercedera akibat jerangkap samar,diserang hendap dan kejadian kemalangan jalan raya yang tersebut di bawah:

a. Kecelakaan dalam operasi. Seorang anggota telah terkorban dalam pertempuran dan 19 orang cedera akibat jerangkap samar.

b. Serang Hendap Jalan Raya.

(1) Pada 26hb Mac 1972,seramai 15 orang anggota telah terbunuh semasa kenderaan yang mereka naiki diserang hendap oleh musuh dijalan Biawak, Lundu, Sarawak.

(2) Pada 7hb April 1975, seramai 6 orang anggota telah terkorban sementara 8 yang lain termasuk seorang pegawai cedera apabila kenderaan mereka telah diserang hendap oleh musuh di Gubir.

c. Kemalangan Jalanraya. Pada 2hb Septenber 1979, 4 orang anggota telah terkorban didalam satu kemalangan jalanraya di Batu 10 Kg Palok, Jalan Kuantan- Kemaman apabila kenderaan yang membawa mereka balik ke kawasan operasi di Kroh terlibat dengan kemalangan jalanraya.
d. Tragedi Di Sungai Batang Rejang. Pada 18 September 1977, LtM Jagathisan selaku pegawai Risik telah meninggal dunia akibat mati lemas di sungai Batang Rejang .

PERISTIWA-PERISTIWA SEDIH
Serang Hendap DiJalan Gubir/Nong Gajah
32. Pada 7hb April 1975 jam 1640, platun Kompeni D, 7 Rejimen Renjer yang diketuai oleh LtM Syed Ikhmal Hashim telah bertolak dari Nong Gajah setelah selesai membuat serah menyerah kawasan operasi di Gubir kepada No 9 platun dari 13 AW. Merekamenaiki 3 kali 3 ton yang diiringi oleh satu kereta perisai dari B Skuadron 2 Peninjau menuju ke Gubir dan seterusnya balik ke pengkalan di Sungai Petani.

33. Cuaca pada hari tersebut mendung dan diikuti oleh hujan lebat. Susunan perjalanan kenderaan pada hari itu ialah Kereta Perisai dibelakang sekali. Kira-kira 15 minit perjalanan setibanya kenderaan pertama di GR 186800, semasa kenderaan ini menaiki permatang bukit, musuh telah membuka tembakan dari tiga penjuru. Sebiji peluru musuh M79 telah terkena bonet kenderaan pertama ini menyebabkan ia terus berhenti ditebing sebelah kanan jalanraya. Kereta kedua juga telah ditembak dan berhenti 25 ela dari kenderaan pertama. Dengan serentak, anggota-anggota telah membalas tembakan musuh termasuk dua biji bom tangan yang dilemparkan oleh ketua platun.

34. Waktu ini kereta yang ketiga telah berhenti 400 meter dibelakang dan terus memaklumkan kepada kereta perisai bahawa kereta dihadapan telah diserang hendap.Tanpa membuang masa kereta perisai ini terus maju kehadapan dan memasuki kawasan membunuh musuh dengan tujuan membantu tapi malangnya tembakan musuh dari sebelah kiri telah datang bertubi-tubi sehinggakan sebutir peluru musuh termasuk kedalam barrel senjata Bowing kereta perisai menyebabkan ia tidak boleh digunakan.

35. Melihat keadaan ini kereta perisai terus mara kehadapan untuk memanggil bantuan dari Gubir. Dalam masa itu juga, sebutir peluru M79 telah ditembak oleh musuh menyebabkan satu lubang menembusi ”iron plate” dibawah injinnya. Sementara ini anggota dari kedua buah kenderaan telah pun mengambil perlindungan disebelah kanan kedua-dua kenderaan. Anggota dari kenderaan ketiga telah mara kehadapan untuk memberi bantuan tapi dihalang dengan tembakan musuh disebelah kanan jalan.

36. Kejadian tembak menembak berlaku kira-kira 20 hingga 25 minit dan jam 1715 musuh telah berundur balik. Sementara ini berita pun telah disampaikan ke Gubir tentang serang hendap ini. Dua platun iaitu platun 11 Kompeni c, 13 RAW telah pun dikejarkan ketempat bantuan ini telah sampai akan tetapi musuh telah berundur kira-kira 45 minit.
posted by Major D Swami (Retired) @ 3:24 PM   1 comments
ARCHIVES


Previous Post
Links
Links To Rangers
Military Related Links


XXXX
xxxx
xxxx
XXX
XXXX
World
xxxx
Advertistment
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© Modified on the 12th January 2008 By History of the Rangers .Template by Isnaini Dot Com
google.com, pub-8423681730090065, DIRECT, f08c47fec0942fa0 <bgsound src=""> google.com, pub-8423681730090065, DIRECT, f08c47fec0942fa0