google.com, pub-8423681730090065, DIRECT, f08c47fec0942fa0

History of the Rangers: SEJARAH SARAWAK RANGERS (1862 – 1963 )

 
The Courageous
Who Have Looked At
Death In The Eye
Photobucket
Military
History
Google Ads
Miscellaneous
No Atheists
In A Foxhole
“When you're left wounded on

Afganistan's plains and

the women come out to cut up what remains,

Just roll to your rifle

and blow out your brains,

And go to your God like a soldier”

“We are not retreating. We are advancing in another direction.”

“It is fatal to enter any war without the will to win it.”

“Old soldiers never die; they just fade away.

“The soldier, above all other people, prays for peace,

for he must suffer and be the deepest wounds and scars of war.”

“May God have mercy upon my enemies, because I won't .”
“The object of war is not to die for your country but to make the other bastard die for his.

“Nobody ever defended anything successfully, there is only attack and attack and attack some more.

“Fixed fortifications are a monument to the stupidity of man."
“It is foolish and wrong to mourn the men who died.
Rather we should thank God that such men lived.

The Soldier stood and faced God


Which must always come to pass

Photobucket
He hoped his shoes were shining

Just as bright as his brass

"Step forward you Soldier,

How shall I deal with you?


Have you always turned the other cheek?


To My Church have you been true?"


"No, Lord, I guess I ain't


Because those of us who carry guns


Can't always be a saint."

I've had to work on Sundays

And at times my talk was tough,

And sometimes I've been violent,

Because the world is awfully rough.

But, I never took a penny

That wasn't mine to keep.

Though I worked a lot of overtime

When the bills got just too steep,

The Soldier squared his shoulders and said

And I never passed a cry for help

Though at times I shook with fear,

And sometimes, God forgive me,

I've wept unmanly tears.

I know I don't deserve a place

Among the people here.

They never wanted me around


Except to calm their fears.


If you've a place for me here,


Lord, It needn't be so grand,


I never expected or had too much,


But if you don't, I'll understand."

There was silence all around the throne

Where the saints had often trod

As the Soldier waited quietly,

For the judgment of his God.

"Step forward now, you Soldier,

You've borne your burden well.

Walk peacefully on Heaven's streets,

You've done your time in Hell."

Links
& Infor
xxxx
Glorious
Malaysian Food
xxx
&
Other Stuff
xxx

xxx

xxx

XXXX

xxxx
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
SEJARAH SARAWAK RANGERS (1862 – 1963 )
Wednesday, July 10, 2019
                                                                Sir Gerald Templar
Pesuruhjaya British di Malaya iaitu Sir Gerald Templer pernah menggelar pasukan Sarawak Ranger sebagai Pasukan Terbaik Di Dunia dan untuk mana-mana pasukan tentera yang pernah berkhidmat sewaktu zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu suatu waktu dahulu memanggil mereka “The Sarawak Headhunter”. Ketika Presiden Sukarno, presiden Indonesia suatu ketika dahulu pernah berkata di dalam satu ucapannya ” Tentera Iban ini datangnya tidak diundang, saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa. Ramai yang bercerai dari badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia”. 
 
Inilah antara kata-kata yang pernah merujuk kepada Sarawak Rangers iaitu satu pasukan separa tentera yang begitu gah dengan kepakaran mereka menjejaki musuh serta keberanian mereka yang tiada tolok bandingnya sehinggakan Sarawak Rangers dulu, kini dan selamanya tetap menjadi kebanggaan Bangsa Sarawak. Pasukan yang terkenal dengan moto “Agik Idup Agik Ngelaban” inilah yang akan menjadi artikel informasi sejarah untuk pembaca Borneo Oracle sekalian yang diberikan tajuk Sejarah Sarawak Ranger (1862-1963). Sarawak Rangers merupakan satu pasukan separa tentera yang telah dibentuk oleh Rajah Charles Brooke iaitu Rajah kedua Negara Sarawak pada Oktober 1862. Pada awal penubuhannya pasukan separa tentera ini telah dianggotai oleh anak tempatan Sarawak berbangsa Iban seramai 32 orang. Mereka telah dipilih hasil daripada pemuafakatan Rajah Charles Brooke dengan tuai-tuai rumah etnik Iban yang menyokong kepimpinan keluarga Dinasti Brooke di Negara Sarawak pada ketika itu. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXsYqAl9S5wDvB1WELSTcGL5FB8hKeDbFgc4sTfbZDStAOsXZ87Glym3tjiAscn9tGAxP65WUo8i1nkxyxm6VPfghLo8ghebvj4X566M4LY-UpQ335WGINFfSUU0aH3rerJvGg/s1600/charlesBrooke.jpg

Pemilihan 32 orang ini bukanlah hanya sekadar tangkap muat tetapi etnik Iban 32 orang ini merupakan antara pahlawan etnik Iban yang gagah perkasa serta terkenal dengan selok belok berperang yang mewakili kawasan masing-masing. Jadi apabila ada diantara pahlawan Iban yang sememangnya pandai di dalam taktik berperang ini mendapat kepakaran dan sentuhan daripada mereka yang berpengalaman di arena perang moden yang dibawakan khas daripada Negara Eropah maka mereka telah menghasilkan satu pasukan yang mantap. 

Pada ketika inilah, Rajah Charles Brooke telah menggunakan Sarawak Rangers di dalam perang-perang untuk meluaskan empayar jajahan Negara Sarawak pada ketika itu bagi melawan mana-mana mereka yang menentang pemerintahan Brooke di bumi Sarawak suatu ketika dahulu. Sekitar tahun 1930an iaitu ketika dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang teruk pada waktu itu, Sarawak Rangers juga mendapat tempias yang sama apabila pada 29 Februari 1932, Sarawak Ranger telah dibubarkan secara rasmi dan akibat pembubaran itu ada di kalangan Sarawak Rangers telah kembali ke kampong halaman masing-masing dan ada juga telah dengan rela hati diserapkan menjadi pasukan Polis Negara Sarawak.
Pada ketika itu, Negara Sarawak telah stabil dan banyak keringat mereka dituntut untuk menjaga keamanan di bumi Sarawak pada masa itu. Ketika Negara Sarawak di dalam persediaan untuk menghadapi Perang Dunia Kedua, sekali lagi Sarawak Rangers telah dipanggil untuk berbakti dengan Negara Sarawak. Pada ketika itu Rajah Charles Vyner Brooke telah membentuk Sarawak Rangers kembali bagi tujuan pertahanan dan mereka telah terlibat secara langsung di dalam mempertahankan Lutong, Miri dan Kuching sewaktu pencerobohan tentera Jepun pada Disember 1941. 

Ini terbukti apabila Sarawak Rangers adalah pertahanan terakhir sewaktu pertempuran terakhir di Kuching yang mana memaksa Sarawak Rangers untuk berundur ke kampong halaman masing-masing kerana kekuatan tentera Jepun sewaktu itu sememangnya begitu kuat sekali. Seperti kata pepatah lama biar putih tulang jangan putih mata, biarpun mereka telah berundur dan memberikan kemenangan kepada tentera Jepun namun begitu semangat anggota Sarawak Rangers mempertahankan bumi Sarawak tetap sentiasa ada di sanubari mereka dan akhirnya mereka bergabung dengan Major Tom Harisson iaitu seorang anggota tentera Tentera Komanwel daripada Australia yang melancarkan serangan gerila yang dikenali sebagai Pasukan “Z”. 

Kerana kepandaian dan kepakaran daripada Sarawak Rangers ini ramai tentera Jepun yang telah dibunuh oleh mereka. Setelah Jepun menyerah kalah akibat daripada pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, pasukan Sarawak Rangers telah sekali lagi pulang ke kampong halaman mereka untuk kembali ke penghidupan normal mereka sebagai anak Sarawak. Di ketika Malaya menghadapi serangan pengganas komunis iaitu pada tahun 1948 yang lebih dikenali sebagai zaman darurat komunis, sekali lagi pahlawan-pahlawan iban ini dituntut kepakaran mereka untuk membantu Malaya pada ketika itu oleh Kerajaan British Borneo Sarawak. 

Pada masa ini 49 penjejak Iban telah dihantar ke Malaya untuk membantu anggota pasukan tentera komanwel menangani pengganas komunis pada waktu itu. Kepakaran mereka menjejaki musuh di dalam hutan sememangnya tiada tolok bandingannya. Sepatutnya mengikut perjanjian 49 penjejak Iban ini hanya bertugas di Malaya selama 3 bulan dan selepas 3 bulan ada diantara mereka telah dengan rela hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka di bumi Malaya pada waktu itu. Daripada 49 orang hanya 24 orang yang memilih untuk meneruskan perkhidmatan mereka dan 24 orang inilah yang diserapkan di dalam Pasukan Ferret No. 4 yang juga dianggotai oleh pasukan tentera Gurkha dan tentera Force 136. 

Selepas itu penjejak Iban ini telah datang silih berganti ke bumi Malaya dan dicatatkan sehingga tahun 1952 telah lebih 1,168 penjejak Iban yang berkhidmat sebagai Penjejak Iban Sarawak di bumi Malaya. Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah ini iaitu penjejak Iban Sarawak yang kali pertama gugur di dalam perkhidmatan mereka di Malaya hanya berlaku pada 12 Mac 1951 iaitu Mendiang Jaweng anak Jugah yang berasal dari Kapit, Sarawak. Mendiang terkorban kerana ditembak secara tidak sengaja ketika melakukan serang hendap ke atas pengganas komunis. Pada ketika itu mendiang tersilap dikatakan sebagai salah seorang pengganas komunis.

Bayangkan setelah beberapa tahun berkhidmat di bumi Malaya hanya pada tahun 1951 baru ada penjejak Iban yang terkorban di dalam perang. Inilah salah satu keisitimewaan penjejak Iban Sarawak Rangers yang sememangnya begitu pakar di taktik perang serang hendap. Selain itu tercatat satu lagi sejarah di dalam memartabatkan penglibatan penjejak Iban Sarawak Rangers di dalam perang di Malaya apabila Awang anak Rawing, anak iban dari Skrang telah dianugerahkan dengan Pingat George Cross manakala Menggong anak Panggit menerima Pingat George daripada Kerajaan Mahkota Great Britain atas keberaniannya menyelamatkan pasukan masing-masing sewaktu keganasan komunis berleluasa di bumi Malaya ketika itu. 

Biarpun penjejak Iban Sarawak ini merupakan mereka yang bertugas dengan tentera namun begitu mereka masih lagi tidak mendapat pengiktirafan sebagai anggota tentera sepenuhnya jadi bagi menjaga kebajikan mereka pada dari segi hak dan status setelah permuafakatan antara Kerajaan British Borneo Sarawak, pemimpin masyarakat Iban dan Kerajaan Koloni British maka pada tangga1 1 Januari 1953, Sarawak Rangers Unit Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi dengan pegawai pemerintahnya yang pertama adalah Leftenan Kolonel C.J Baird. Bermula dari tarikh hari itu, barulah Sarawak Rangers dengan rasminya menjadi anggota tentera sepenuhnya. 

Pada 1 April 1960, Sarawak Rangers Unit Sarawak, Borneo telah ditubuhkan secara rasminya di bumi Sarawak oleh Kerajaan British Borneo Sarawak dengan pegawai pemerintahnya merupakan anak tempatan yang juga salah seorang penjejak Iban Sarawak Rangers iaitu Leftenan Tomlow anak Isa. Ini merupakan satu penghormatan yang besar kepada perjuangan anak Iban di dalam Sarawak Rangers memandangkan ketika itu Sarawak masih lagi menjadi tanah jajahan Kerajaan British Borneo. Sarawak Rangers keberanian dan kepakaran mereka dituntut di dalam banyak perang-perang di bumi asing contohnya di Malaya dan Brunei malah Sarawak sendiri walaupun ketika itu Sarawak belum lagi membentuk Gagasan Malaysia. 

Ada antara penjejak Iban Sarawak Rangers ini telah gugur di medan perang di bumi asing dan telah disemadikan dibumi asing suatu ketika dahulu dan hanya pada tahun 2011, 21 jenazah penjejak Iban telah dibawa pulang ke tanahair tercinta mereka iaitu Sarawak Bumi Kenyalang. Antara penglibatan perang mereka adalah seperti berikut: 1. Kempen mengamankan Sarawak era Rajah Brooke.(1862 – 1942) 2. Perang Gerila Jepun bersama ‘Reconnaissance Service Department’ (RSD) di Sarawak. (1942–1945) 3. Darurat Malaya. (1948 – 1960) 4. Darurat Sarawak (1952 – 1953) 5. Pemberontakan Brunei (1962) 6. Konfrantasi Indonesia Malaysia (1962 – 1963) Di dalam perjanjian Penubuhan Malaysia, pihak Kerajaan British telah bersetuju untuk menubuhkan 2 buah batalian Askar Renjer Malaysia dan seterusnya melatih anggota-anggota tentera di peringkat awal dan seterusnya diikuti dengan penubuhan battalion ketiga. 

Penubuhan Askar Renjer Malaysia telah diumumkan di Parlimen British (House of Commons) oleh Secretary of State for Commonwealth Affairs pada 18hb Julai 1963. Hanya beberapa hari sebelum Sarawak dimerdeka secara rasminya iaitu pada 22hb Julai 1963. Ekoran daripada itu, Sarawak Rangers telah dibubarkan secara rasminya dan kemudian pada 16 September 1963, anggota Sarawak Rangers telah diserapkan menjadi Batalion Pertama Regimen Renjer Malaysia. Batalion Kedua Regimen Renjer Malaysia terdiri daripada anak tempatan North Borneo (Sabah) dan Batalion Ketiga Regimen Renjer Malaysia merupakan anak tempatan Tanah Melayu. Inilah sejarah panjang Sarawak Rangers dari tahun 1862 – 1963 yang kemudiannya dikenali sebagai Regimen Renjer Malaysia setelah penubuhan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963.

 Sarawak Rangers merupakan simbol kemegahan bangsa Sarawak dulu, kini dan selamanya dan sejarah tentang mereka seharusnya diketahui secara umum oleh rakyat Malaysia amnya dan Bangsa Sarawak khususnya. Jasa mereka bukan sahaja untuk Sarawak ibu pertiwi mereka malah jasa mereka juga turut disumbangkan di dalam memastikan kemerdekaan dan keamanan untuk bumi Malaya suatu waktu dahulu malah sehingga sekarang. Jasa mereka dilupa jangan oleh seluruh rakyat Malaysia. Selamat Hari Kemerdekaan Yang ke 57 Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2014) Selamat Hari Kemerdekaan Yang ke 51 Sabah (31 Ogos 1963 - 31 Ogos 2014) Agik Idup Agik Ngelaban. Borneo Oracle Salute Sarawak Rangers (1862-1963)https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgawvmv7tYIo0b8i2beXnrqpBbbD1_scXZSlpTRa8NcS_gaDZTGZ2Chr8BJzWeVWdlAtMgZBPaCe1YW_VH4Nt2_3rUAkSTlk5LxxO28EIfDMm-k1j9AWalo7bp8yHGVYw1KDaIy/s1600/10593015_744142158966004_5939696137906062364_n.jpg

Source: Borneo Oracle
posted by Major D Swami (Retired) @ 2:45 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
ARCHIVES


Previous Post
Links
Links To Rangers
Military Related Links


XXXX
xxxx
xxxx
XXX
XXXX
World
xxxx
Advertistment
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© Modified on the 12th January 2008 By History of the Rangers .Template by Isnaini Dot Com
google.com, pub-8423681730090065, DIRECT, f08c47fec0942fa0 <bgsound src=""> google.com, pub-8423681730090065, DIRECT, f08c47fec0942fa0